// Strawberry Cupcake


Hello World! Im Sunshine and im 100 years young from Saturn. Replace this nonsense intro (Y)


► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary



Put your Cbox here. Make sure the correct measure of the width of your Cbox.


Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Older Post | Newer Post
Selamat Tinggal Buat Selama Lamanya, Kawanku ;'(
Jul 27, 2012 | 7:33 PM | 0 Sweet Cupcake
Hey. Aku nak luahkan satu cerita yang amat menyedihkan. Aku tak tau la perasaan aku ni dah tak dapat nak tahan. Aku selalu mengeluarkan air mata aku ni. Kawan aku yang telah pergi buat selama lama nya. Aku rindu sangat kat kau, 'Kawan'. Aku harap kau tenang dan aman di Alam Barzakh. Aminn~ Hmm. Cepat nya engkau pergi kan? Takpe. Allah sayangkan kau. Aku redha dengan apa yang dah terjadi. Aku tak sangka keadaan boleh jadi macam ni. Hmm, its okay. Kami tetap mendoakan kau supaya kau di tempatkan dengan orang yang beriman. 'Kawan', semasa aku dan kawan kawan kau tu pergi ke rumah kan, aku memang tak percaya yang itu adalah 'KAU'. Aku nampak kau telah di kafan kan. Semasa kau di bawa ke Kubur, aku ikut. Aku taknak jauh dari kau. Aku sedih sangat masa tu. Aku nampak kau telah dikebumi, aku dah tak dapat nak tahan air mata ni lagi. Aku nangis puas puas hari tu. Aku lepas kan segala kesedihan aku masa tu. Aku rindu sangat kat kau. Semua orang rindu kat kau. Semasa orang nak bawa aku pulang, aku rasa tak sanggup nak tinggalkan tempat kau tu. Aku rasa nak duduk situ je. Sebab kita rapat. Aku tak sangka kawan rapat aku sendiri dah pergi macam tu je. Padahal, seminggu sebelum kau pergi tu, kau pernah sms aku. Kau cakap 'kau rindukan aku'. Kau cakap 'kau ingin nak jumpa aku'. Kita pun jarang berjumpa kan? Semasa kau sms aku dulu kan, aku rasa sungguh gembira. Kau cakap kau sihat sangat sangat masa tu. Semasa 22 Jun tu, pukul 5 petang, aku dengar orang cakap kau kemalangan teruk. Aku tak percaya la apa yang orang cakap. Pastu, kawan kau sendiri cakap yang nyawa kau dah nyawa nyawa ikan. Aku nangis tau tak? Macam mana kau boleh jadi macam tu? Aku pun hairan. Pastu, dalam pukul 8 malam kau cakap dengan kawan kawan kau kat hospital tu, kau cakap 'Jaga dirik kitak orang bagus bagus'. Pastu, kau mengeluarkan setitik air mata kau tu. Semua orang menangis tengok kau menderita macam tu. Tepat pada pukul 11.05 malam, kawan kau call aku. Dia cakap kau dah 'TAKDA'. Aku memang tak percaya. Keesokkan hari nya, orang bawa aku pergi ke rumah dia. Aku ikut je la. Sebab aku nak tengok kau. Adakah orang tipu aku atau TAK? Ya, memang betul cakap orang yang kau dah takda. Hmm. Takpa. Memang ajal kau masa tu kan? Biarlah kau pergi buat selama lama nya. Kami akan selalu ingat pesanan kau tu. Selamat Tinggal Kawan ku ;'(

-Mari sama sama kita doakan untuk kawan ku, Luqman Hakim atau di kenali sebagai Boboy supaya di tempatkan ke tempat orang yang beriman. Al-Fatihah..... Amin~